Khamis, 29 Disember 2011

TUGASAN DI MINGGU MENGULANGKAJI PELAJARAN

Assalamualaikum
pening kepala hari ni....
ada 2 tugasan yang perlu disiapkan dengan kadar segera..
study week aku dekat sini jadi assignment week pulak
nasib.. nasib
apa-apa pun usaha itu perlu

ini smua untuk mase depan aku dan emak aku jugak nanti

MELAWAT PENSYARAH......

Assalamualaikum semua.....
sihatt???? jaga kesihatan anda-anda semua yup dalam usaha menyerlahkan diri anda...
penting ye kawan-kawan penjagaan kesihatan ini for long lasting life katanya...
kurangkan Manisan dalam makanan. ceh cuba nasihat orang hahaha tadi aku baru lepas minum air F&N Grape
kurangkan Makanan yang berMinyak dan berKalori tinggi.. fuhhh baru lepas makan Dominos Pizza...

Cerita sebenarnya baru balik daripada melawat My Lecturer yang mengajar aku mase SEMESTER 1 TAHUN 1 kat UKM.. dengarnya tak sihat.... terus pergi melawat dia, sakit dibahagian pinggang tapi dah ok lah sikit sebelum ni dia terbaring 3 hari juga lah kat katil je... risau juga keadaan dia... walaupn dah dekat 2 semester dia tak mengajar tapi dia lah penyeri dan penawar duka kelas kitaorang tiap-tiap hari. membuat hati yang berduka lara kembali ceria....hahaha statement x boleh belah..


bestnya My Lecturer aku ni dalam lawaknya terselit makna-makna motivasi yang korang memang susah nak dapat kat orang lain... sangat happening dalam kelas... masa SEMESTER 1 dulu walaupn kelas pukul 8pagi tapi tak rase mengantuk langsung disebabkan lawak jenakanya....


ini lah dia the best lecturer i ever know ENCIK WAN IDROS (EdRoss)
ni kat kedai makan ala-ala Korean Restaurant One Utama.. syok giloss makan kat sini... free pulak mane x sedap.... hihihih.. apa-apa pun semoga cepat sembuh yup En Wan

Rabu, 28 Disember 2011

Kenapa FERRERO ROCHER???

Salam..... lepas satu hari terperap dalam bilik kol 9 malam tadi keluar pergi makan dengan sahabat aku, NiQman namenye... budak Komunikasi katanya... padahal stdy pasal Syariah kat UKM.... hahahaha... dia lah member yang boleh diharapkan kalau aku nak ajak makan kat luar....
berbalik kepada FERRERO ROCHER.... kenapa??? kenapa???? kenapa dengan FERRERO ROCHER??? hahahaha.. sebab ada banyak kat bilik ni.... tiap-tiap malam aku melantak BENDA ALAH ni dalam bilik... dah dekat seminggu jugak lah makan sikit,,, sikitt,,, coz takot habis cepat... Nak beli BENDA ALAH ni mmg tak lah.... Selamat ada Lecture yang pemurah yang bagi sempena menyambut Exco Kelab Media dan Komunikasi (MENTION)  yang baru, bukan dapat BENDA ALAH TU jek, dapat seterika baju skali.......


satu hari telan 2 bijik sebelum makan... untuk tenaga coz pagi jarang bersarapan.....



hah... ni pulak NiQman sahabat aku yang selalu menjadi mangse meneman aku makan.... kalau tak de dia memang tak makan lah aku jawabnya....

Selasa, 27 Disember 2011

Saya Budak Baru Belajar BENDA ALAH ini

Assalamualaikum... sebelum tu saya perkenalkan diri... nama diberi Mohamad Firdaus Bin Mohd Shahir... first time guna BENDA ALAH ni.. rasa kelakar pon ada coz dari sem lepas nak buat BENDA ALAH tp tak jadi2. semuanya sebab saya terlupa password gmail... tapi finally dapat jugak buat BENDA ALAH ni tepat jam 3.30 petang hari selasa 27 disember...nak tahu pasal saye???





ni lah my lovely lady... emak saya yang saya sayang.... ni gambar lame... gambar 6 tahun lepas masa Konvokesyen Darjah Khas Sekolah Agama Johor....

ni gambar raya tahun ni..... still same... cume emak yang saya sayang ni dah tak de gigi... tahun depan baru nak buat gigi baru katanya...hihihih...

just call me afie..... Ingattt... sayangi emak anda kerana emak anda begitu berharga, eh salah bernilai, ehhh salah segala-galanya.... serlahkan diri anda... Salam...